Wednesday, April 18, 2012

Tempat menarik sekitar Camp

Sawah Padi Sungai Balang

Gambar jelapang padi Sarang Buaya di Muar, Johor. Kawasan yang terletak di jalan pesisir pantai di antara Muar dan Batu Pahat ini merupakan antara jelapang padi terakhir yang masih wujud di pesisir Pantai Barat Negeri Johor yang menghadap Selat Melaka. Terletak dalam 30-35km dari Bandar Muar dan 10-15km dari Bandar Batu Pahat, di hadapan sebuah Klinik Kesihatan (Sarang Buaya) ia menjanjikan panorama yang menarik dan menenangkan untuk mereka yang melalui kawasan itu.

Kampung Nelayan Sungai Balang








Kolam Air Panas






Sejarah Kolam Air Panas Sungai Gersik Menurut Sejarah yang dapat di kesan dari Pejabat Pendaftaran Tanah dan cerita orang-orang tua, pembukaan Kg Sungai Gersik ini bermula pada tahun 1883. Peneroka asal kampung ini ialah Orangkaya Ali dari Muar dan para pengikutnya yang menyusuri pantai Selat Melaka setelah berlaku perselisihan keluarga. Penemuan kolam air panas Sungai Gersik merupakan satu-satunya kolam yang airnya sentiasa panas secara semula jadi terdapat di Daerah Muar khasnya dari Negeri Johor amnya. Kolam air panas ini mula ditemui oleh Tuan Haji Abd Rahman bin Haji Irsad atau lebih dikenali dengan nama Haji Abd Rahman Getu pada tahun 1911.

Ketika itu, Kampung Sungai Gersik telah diterokai sejauh 2.5 km ke pendalaman dan kawasan sekitar Kolam Air Panas ini masih lagi hutan belantara. Pada suatu hari, Haji Abdul Rahman telah masuk ke hutan untuk mencari linau dan anak kayu untuk dijadikan bahan membuat pondoknya. Setelah linau dan anak kayu diperolehi menjelang tengahari, beliau ternampak sesuatu yang aneh menyerupai sebuah tasik kecil bergaris pusat kira-kira 3 meter dikelilingi oleh lembah berlumpur serta semak. Airnya menggelegak dan berasap mengalir ke lembah disekitarnya. Setelah itu, Haji Abdul Rahman berasa seram dan takut lalu terus meninggalkan tempat itu tanpa mengambil kayu yang dikumpulkannya tadi. Malang sungguh nasib Haji Abdul Rahman kerana beliau tidak berjaya mencari jalan pulang, sesat hingga ke senja.

 Haji Abdul Rahman pun pulang lantas menceritakan kisah penemuannya itu kepada penduduk kampung. Anehnya kolam yang menjadi cerita hangat dikalangan penduduk kampung itu tidak pula ditemui bila dicari. Kira-kira 3 bulan kemudian, Haji Abdul Rahman bersama rakannya bernama Rajikan pergi ke hutan mencari anak kayu dan rotan menemui semula kolam air panas yang diceritakan itu. Beliau terus merintis jalan serta membuat tanda pada pokok-pokok sapai ke jalan keluar dari tempat yang tidak dapat dilupai hingga sekarang. Daripada, Pejabat Daerah Muar, JKKK Sg. Gersik

No comments:

Post a Comment