Thursday, April 19, 2012

D'impian SURVIVAL Camp





Anda masih tercari-cari tapak untuk berkhemah ? Mengapa tidak menghubungi kami, kami menyediakan tempat yang sesuai untuk anda, harga yang berpatutan, anda tidak menduka sama sekali. Di bawah kedamaian suasana kampung, dengan udara segar anda amat selesa bermalam di dalam khemah diperkarangan damai desa D'impian SURVIVAL Camp, Muar. Mengapa anda tidak mencubanya, kunjungi kami di sini, jumpa kami di sini kita akan bersama maraikannya. Tapak perkhemahan, pusat motivasi, penginapan selesa, untuk semua golongan, unit beruniform, pengakap, kadet remaja sekolah (krs) (tkrs), puteri islam, kadet polis.




The objective of setting up this type of training camp is to expose the younger children to natural environment. The type of training camp is held during the school holidays. They are taught, among other things, the following:-

1. Safety and awareness of the environment
2. Love nature and learn to keep the environment clean
3. Develop team-work
4. Create self-confidence
5. Maintain discipline


Kids will learn the proper way in camping, set up camp, learn how to start a fire, cook as well as some basic survival skills in the jungle.


Chelat untuk peserta atau urusetia


D'impian SURVIVAL Camp telah beroperasi hampir 1 tahun. Namun sebelumnya memang terlalu banyak program - program perkhemahan telah dibuat di sini sama ada di peringkat daerah , negeri mahupun kebangsaan semenjak tahun kebelakangan ini. Kawasan ini sangat terkenal untuk melakukan aktiviti perkelahan , perkhemahan, kawat beruniform, kem motivasi, xpdc , merentas hutan dan hari keluarga. Apapun dalam merealisasikan sokongan terhadap pelancongan di Johor maka D'impian Survival Camp telah di tubuhkan bagi membantu menguruskan perjalanan aktiviti - aktiviti perkhemahan dan kem motivasi di kawasan terbabit agar para peserta dapat berkursus dalam keadaan lebih baik dan selesa dibawah D'impian Group dan yang lebih khusus pengurusan DRTC.

Bersantai disuasana kampung










Berkayak adalah sukan air bagi camp motivasi


Belajar hidup susah, pengalaman yang sangat berharga







Wednesday, April 18, 2012

Kemudahan di Camp


Antara kemudahan yang terdapat di Camp ialah :



1. Tapak Perkhemahan 200 orang
2. DewanTerbuka
3. Dataran Kawat - 200 orang
4. Surau
5. Dewan Makan terbuka
6. Bilik Air / Tandas
7. Padang Bola
8. Chalet (urusetia)
9. Chalet Besar 
10. Jeram - Bestnya
11. Kolam Mandi Air Jeram -Sejuknya
12. Set BBQ
13. Set Karaoke
14. Berhampiran Pekan - 1KM
15. Kolam Mancing
16. Kolam Training Rakit
17. Masjid 2.5 km

Info


PRINSIP ASAS IKTIAR HIDUP DALAM HUTAN


Adakalanya, seseorang atau kumpulan pendakai/penjelajah menghadapi dirinya atau kumpulannya didalam suatu situasi semasa mengembara didalam hutan dimana makanan yang dibawa telah kehabisan atau kurang. Adalah sangat penting didalam keadaan sebegini apakah makanan yang terdapat didalam hutan yang boleh di makan.

Situasi yang lebih teruk boleh berlaku dimana seseorang atau Kumpulan itu sesat semasa menjelajah atau exipedisi dalam hutan.


Dalam keadaan sebegini, seseorang harus tahu bagaimana hendak hidup diatas bumi hutan kita dan bagimana hendak bergerak dengan tepat didalam hutan berkenaan. Dia kemungkinan perlu melakukan ini dalam satu jangka masa yang lama dan perlu menunjukan disiplin diri dan inisiatif yang paling tinggi jika dia mahu terus hidup dan keluar dengan selamat dari hutan tersebut.

Apabila kita sesat dalam hutan, factor yang paling penting ialah melawan untuk terus hidup dan kemahuan untuk beriktiar. Tidak ramai dari kita yang tahu apakah kemampuan kita sebenarnya sebab jarang sekali diri kita di letakkan dalam suatu keadaan yang melampaui had maxima kemampuan pisikal dan mental kita. Keperluan pertama untuk ikhtiar hidup adalah dari kemampuan mental. Daya pengerak dalam ikhtiar hidup adalah ketahanan mental ia itu kemahuan untuk terus hidup.

UNDANG – UNDANG ASAS IKHTIAR HIDUP

Berikut adalah undang-undang asas yang harus di ikuti jika anda hendak memberi peluang kepada diri anda untuk berikhtiar hidup:

a. Simpan Tenaga anda. Semasa bergerak rehat sepuluh minit setiap sejam perjalanan. Jangan membuat perkara yang memenatkan kecuali anda terpaksa melakukannya.

b. Elakkan keletihan. Orang kata, Rom tidak di bina dalam sehari. Jangan cuba berjalan sepanjang malam dan siang. Jangan memikul barang yang berat jika boleh dielakkan.

c. Dapatkan tidur yang cukup. Walaupun jika anda tidak boleh tidur pada mulanya, cuba baring dan rehat, tenangkan diri dan lapangkan fikiran.

d. Elakkan dari merasa risau. Adalah biasa untuk risau; tetapi ianya tidak mendatangkan apa-apa kebaikan langsong. Kerisauan hanya menolong merendahkan semagat kita sahaja. Fikirkan apakah masaalah anda, cari jalan yang terbaik yang anda mampu lakukan, fikirkan langkah keselamatan yang terbaik dari segala bahaya yang mungkin dihadapi dan hentikan kerisauan. Tumpukan tenaga anda kepada perkara-perkara lain.

e. Berhenti awal disiang hari untuk membuat khemah anda. Anda memerlukan masa untuk memilih tapak perkhemahan yang selamat. Ianya juga mengambil masa yang lama untuk memburu atau mencari makanan, maka berilah masa ini untuk anda.


KIT IKHTIAR HIDUP (SURVIVAL KIT)

Kit ini sangat mudah hendak di buat dan benda-benda yang diperlukan adalah muruh untuk di perolehi. Sesuatu Kit Ikhtiar Hidup hendak lah kecil dan ringgan. Kit ini bukan untuk kegunaan harian tetapi untuk kegunaan kecemasan sahaja. Kit ini harus di ikat terus kepada tali pinggang dan di pakai setiap masa semasa di dalam hutan. Bawa dia dimana sahaja anda pergi walau pun anda hendak pergi mandi disungai.

Kit Ikhtiar Hidup ini mengandongi tiga bahagian asas: Bahagian ubatan, bahagian makanan dan bahagian kegunaan am. Setiap Kit Ikhtiar hidup hendaklah mengandungi barang-barang berikut:

1. Ubat-Ubatan

(i). 1 X Peket Tablet Piriton (Ubat gatal dan kesakitan dari gigitan serangga)

(ii). 1 X peket Tablet Anti Malaria (untuk di makan sebiji seminggu sekali )

(iii). 1 X Peket Codeine (1-2 biji di makan untuk sakit/pening kepala)

(iv). 1 X Peket Ubat Cirit birit

(v). 1 X Tiub krem luka

(vi). Flavin

(vii). 1 X Gulung pembalut luka.

( Masukan ubat-ubatan ini didalam satu beg plastik yang berasingan)


2. Makanan.

(i). 1 X Peket Holicks talets

(ii) 1 X Peket Gula Gula Glucose.

(iii). Beberapa peket perencah sup atau kuib sup ayam atau daging.


3. Barangan Kegunaan Am.

(i). 5 meter tali

(ii). 5 ela Tali pancing

(iii). 3 mata kail saiz yang berbeza (masukan dalam kota mancis yang beserta mancis)

(iv). 1 X pemetik api.

(v). 1 X Batang lilin kecil

(vi). 1 X Kit penapisan air

(vii) 1 X Cermin Kecil

(viii). 1 X pisau kecil yang tajam besarung.

(ix). 1 X compass kecil

(x). 1 X gergaji dawai

(xi) 1 X mata Gergaji Besi yang pendek

(xii). Beberapa beg plastic sederhana tebal yang boleh simpan air/ buat pelampong/ balut luka/ buat bumbung kecil masa hujan jika hendak menyalakan api.

Tempat menarik sekitar Camp

Sawah Padi Sungai Balang

Gambar jelapang padi Sarang Buaya di Muar, Johor. Kawasan yang terletak di jalan pesisir pantai di antara Muar dan Batu Pahat ini merupakan antara jelapang padi terakhir yang masih wujud di pesisir Pantai Barat Negeri Johor yang menghadap Selat Melaka. Terletak dalam 30-35km dari Bandar Muar dan 10-15km dari Bandar Batu Pahat, di hadapan sebuah Klinik Kesihatan (Sarang Buaya) ia menjanjikan panorama yang menarik dan menenangkan untuk mereka yang melalui kawasan itu.

Kampung Nelayan Sungai Balang








Kolam Air Panas






Sejarah Kolam Air Panas Sungai Gersik Menurut Sejarah yang dapat di kesan dari Pejabat Pendaftaran Tanah dan cerita orang-orang tua, pembukaan Kg Sungai Gersik ini bermula pada tahun 1883. Peneroka asal kampung ini ialah Orangkaya Ali dari Muar dan para pengikutnya yang menyusuri pantai Selat Melaka setelah berlaku perselisihan keluarga. Penemuan kolam air panas Sungai Gersik merupakan satu-satunya kolam yang airnya sentiasa panas secara semula jadi terdapat di Daerah Muar khasnya dari Negeri Johor amnya. Kolam air panas ini mula ditemui oleh Tuan Haji Abd Rahman bin Haji Irsad atau lebih dikenali dengan nama Haji Abd Rahman Getu pada tahun 1911.

Ketika itu, Kampung Sungai Gersik telah diterokai sejauh 2.5 km ke pendalaman dan kawasan sekitar Kolam Air Panas ini masih lagi hutan belantara. Pada suatu hari, Haji Abdul Rahman telah masuk ke hutan untuk mencari linau dan anak kayu untuk dijadikan bahan membuat pondoknya. Setelah linau dan anak kayu diperolehi menjelang tengahari, beliau ternampak sesuatu yang aneh menyerupai sebuah tasik kecil bergaris pusat kira-kira 3 meter dikelilingi oleh lembah berlumpur serta semak. Airnya menggelegak dan berasap mengalir ke lembah disekitarnya. Setelah itu, Haji Abdul Rahman berasa seram dan takut lalu terus meninggalkan tempat itu tanpa mengambil kayu yang dikumpulkannya tadi. Malang sungguh nasib Haji Abdul Rahman kerana beliau tidak berjaya mencari jalan pulang, sesat hingga ke senja.

 Haji Abdul Rahman pun pulang lantas menceritakan kisah penemuannya itu kepada penduduk kampung. Anehnya kolam yang menjadi cerita hangat dikalangan penduduk kampung itu tidak pula ditemui bila dicari. Kira-kira 3 bulan kemudian, Haji Abdul Rahman bersama rakannya bernama Rajikan pergi ke hutan mencari anak kayu dan rotan menemui semula kolam air panas yang diceritakan itu. Beliau terus merintis jalan serta membuat tanda pada pokok-pokok sapai ke jalan keluar dari tempat yang tidak dapat dilupai hingga sekarang. Daripada, Pejabat Daerah Muar, JKKK Sg. Gersik

Sejarah Sg Balang

Sejarah pembukaan Sungai Balang, sebuah pekan kecil kira-kita 30 km dari Bandar Maharani, bermula dengan perlantikan seorang tokoh agama bertaraf ulama, Ali Said, yang berasal dari Parit Sakai sebagai Orang Kaya oleh Sultan Abu Bakar (Sultan Johor) pada 1886. Ali dihantar oleh ayahandanya Orang Kaya Said, iaitu penghulu pertama Muar yang dilantik oleh Temenggong Ibrahim, ke Tanah Suci Mekah untuk belajar agama selepas menamatkan pengajian di Melaka ketika berusia 15 tahun.

Ketika itu, penduduk Padang yang pentadbirannya berpusat di Parit Bakar dan meliputi Parit Sakai hingga ke Parit Samsu mempunyai sebuah rumah wakaf di Mekah yang didirikan di Kampung Shuib Ali pada abad ke 19. Rumah itu bertujuan menempatkan anak orang kenamaan dan pembesar Padang untuk mendalamkan lagi ilmu keagamaan dan meneruskan pengajian agama hingga tamat selepas pengajian di Melaka. Adalah menjadi hasrat orang-orang Padang ketika itu untuk menjadikan anak-anak mereka bijak dalam pengajian agama dan bergelar "Orang Alim" dan menghantar mereka melanjutkan pelajaran agama di Mekah atau Mesir. Ibu bapa yang berbuat demikian bukan sahaja menaruh harapan agar masing-masing menjadi orang alim, malah mereka sanggup menetap di Tanah Suci kketika anak-anak belajar agama di luar negara sehingga ada yang meninggal dunia di sana.

Menurut catatan sejarah, Orang Kaya Ali pulang ke Padang selepas ayahananda Orang Kaya Said meninggal dunia di Mekah. Beliau kemudian menuntut jawatan penghulu Muar yang dipangku oleh sepupunya bernama Omar Junid semasa ketiadaan Allahyarham Omar. Bagaimanapun permintaan itu ditolak oleh Sultan kerana usia Ali masih muda dan belum boleh memegang jawatan penghulu, lebih-lebih lagi jawatan itu bertaraf diraja yang menjadi wakil Sultan serta pemerintah Muar. Bagi mencari jalan penyelesaian, Sultan melantik Ali sebagai menteri. Namun begitu, perlantikan itu tidak memuaskan hati Ali serta pengikutnya kerana jawatan berkenaan tidak memberi erti dalam pentadbiran Wilayah Muar. Berikutan itu, timbul perselisihan di antara pengikut Ali dan penyokong Omar sehingga kedua-dua kumpulan itu mengibarkan bendera masing-masing, Merah bagi penyokong Ali dan Putih bagi pengikut Omar. Peristiwa itu berlarutan selama beberapa bulan hingga memaksa Sultan datang ke Muar untuk mengamankan kembali keadaan yang agak genting di antara pengikut kedua-dua kumpulan.


Bagi mengelakkan pertumpahan darah, Sultan memberi perkenan kepada pengikut Ali untuk membuka sebuah kawasan baru diselatan Muar bagi membolehkan Ali dilantik menjadi penghulu. Ali berundur ke arah selatan di persisiran Selat Melaka dengan menaiki sampan besar yang beratnya kira-kira satu tan bersama 16 orang pengikutnya untuk mencari kawasan baru yang sesuai dijadikan perkampungan. Bekalan makanan yang dibawa cukup untuk 30 hari. Selepas mendarat di sebuah kawasan kira-kira 30 km dari Muar, pengikut Ali membuka sebuah perkampungan dan menanam pelbagai pokok dutian, ubi keledek dan bersawah padi. Lama-kelamaan kawasan perkampungan yang baru dibuka itu gah keseluruh Muar dan Ali bersama pengikutnya menyusur pantai Selat Melaka yang banyak dengan lanun untuk mengadap Sultan bagi mempersembahkan hasil tanaman.

Nama "Sungai Balang" diabadikan daripada ilham Sultan apabila pengikut Ali yang membuka kawasan baru itu berjaya menghapuskan lanun di Selat Melaka untuk membawa persembahan hasil pertanian melalui pantai di Johor Bahru dengan selamatnya. Keberanian Ali dan pengikutnya menentang lanun di Selat Melaka dianggap sebagai kegagahan yang dicapai oleh hulubalang. Dari perkataan 'hulubalang' inilah lalu Sultan menitahkan kawasan baru itu itu diberi nama Sungai Balang hingga ke hari ini. Menurut catatan sejarah, Sungai Balang diwartakan menjadi mukim meliputi kawasan Sarang Buaya Kiri, Sarang Buaya Kanan dan Sungai Balang serta ditadbir oleh seorang penghulu bergelar Orang Kaya dan dua naib penghulu. Sistem pentadbiran itu berakhir pada 1954 apabila ketiga-tiga kawasan itu dicantumkan menjadi sebuah mukim dan hingga sekarang diberi nama Mukim Sungai Balang.

Antara kesan sejarah yang masih kekal di Sungai Balang ialah ialah Makam Orang Kaya Ali di tanah perkuburan Islam di pekan itu dan sekolah rendah di kampung itu yang diberi nama Sekolah Kebangsaan Orang Kaya Ali bagi mengambil nama sempena orang pertama membuka Sungai Balang. Salah seorang keturunan Orang Kaya Ali ialah cucu beliau yang masih hidup iaitu Abdul Manaf bin Abu Bakar, pemilik Toko Buku Manaf yang terkenal di Jalan Abdullah Muar. Manakala keturunan Orang Kaya Omar (penghulu Muar) sepupu Orang Kaya Ali ialah bekas Speaker Dewan Rakyat, Allahyarham Tan Sri Mohd. Noh bin Omar.